Mamah Ku pernah berkata
dahulu...
Sungai ini
airnya nin jernih
dalam
mengalir deras
kilauan merah saga
sisik sang kelah
menongkah arus batu keras .
Sementara nasi ditanak
jala dicampak setebar dua
pasti ada rezeki lauk tengah hari.
Abah juga pernah bercerita
dahulu...
di lereng bukit itu
Busu Aleng berladang huma
timun ladang galak menjalar melingkari batang.
Harum nasi beras baru
padi huma
gulai tempoyak keli kubang
dan timun ladang membuka selera.
Uwa Atau Kakak Abah ku pula tumpang bicara
dahulu...
hutan di baruh itulah jadi
gelanggang
si pemburu
memipit kijang
menepuk pelanduk
mejerat napuh
Datuk singgah memanjangkan cerita
sekarang...
segalanya hilang
Sungai Pelus
hilang serinya
cetek berlodak
tiada lagi deburan sebarau
menyambar seluang di lubuk Batu.
Si nelayan memukat lumpur merelap minyak.
Mitos Lang Bidai dan hantu kepala kerbau
membelah arus di musim banjir
jadi bahan ketawa anak cucu.
cerita mereka
sekarang...
padi huma hilang harumnya
timun telah hilang berahi
" mendakap batang,"
Bukit telah punah
diradak jentera
dihentam dinamit bina kuari.
Si peladang menuai batu
mengemping habuk
"menampi debu."
cerita guruku
sekarang...
tiada lagi kuang kuik
menyeri malam
jerat sudah lupakan pelanduk.
Rimba hilang penghuni
segalanya musnah
buka kilang
buka industri
jadi gelanggang Si pemikat
meracik maksiat
Si pemburu menjerat
" dosa."
cerita kami generasi pertiwi
orang sekarang
juga hilang
hilang neraca
hilang timbang
hilang kasih
hilang sayang
lemas dan tenggelam dalam lautan
nafsu dan
"kerakusan."
cerita aku
itu kisah dahulu dan
cerita sekarang
buat renungan
" jadi teladan "
buat sempadan.
Jumat, 25 Februari 2011
Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satu pun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain. Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu? ". Nabi s.a.w. bersabda,"Seutama perjuangan seseorang adalah terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya". Kata pemikir Islam,"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya dan sebab itu tidak di terimanya". Ulamak mursyid berkata,"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan". Istimewa jiwa pengasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat". Saling mencintai.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam". Nabi s.a.w. bersabda,"Jagalah dirimu daripada api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik". Seorang hamba Allah berkata,"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga". Segalanya daripada syahwat.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu ringan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi". Kalau hati itu bersih. Seorang ulamak berkata,"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati yang hakiki.. kalau hati itu bersih". Wanita syurga bercahaya.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang". Pohon syurga.Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya". Seorang soleh berkata,"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya". Sejahat jahat musuh.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau". Balaslah jasa orang.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya". Kematian kekasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga". Tegas demi kebenaran.Nabi s.a.w. bersabda,"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya". Istimewa sembahyang malam.Nabi s.a.w. bersabda,"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan". Kau kira kau bijak?Seorang soleh mengingatkan,"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat". Manisnya iman. Seorang ulamak berkata,"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya". Amalan Islam terbaik.Seorang lelaki bertanya,"Manakah amalan Islam yang terbaik??" Nabi s.a.w. menjawab,"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal". Kejelitaan akan pudar.Seorang ulamak berkata,"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??". Mata yang beku.Rasulullah bersabda,"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia". Jika engkau mahukan kemesraan.Seorang bijak pandai Islam berkata,"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA". Jangan cakap banyak.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu". Kata pemikir Islam,"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi". Belajar dengan buku.Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu". Fikiran bak mutiara. Seorang ulama berkata,"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara". Istimewa diam.Nabi s.a.w. bersabda,"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik". Jika Allah kasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya". Sahabat renung-renungkan bersama.. Moga mendapat barokah.. Segala tercipta hanya untukmu..
Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan
Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satu pun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.
Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu? ".
Nabi s.a.w. bersabda,"Seutama perjuangan seseorang adalah terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".
Kata pemikir Islam,"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya dan sebab itu tidak di terimanya".
Ulamak mursyid berkata,"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".
Istimewa jiwa pengasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".
Nabi s.a.w. bersabda,"Jagalah dirimu daripada api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".
Seorang hamba Allah berkata,"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya daripada syahwat.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu ringan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih. Seorang ulamak berkata,"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati yang hakiki.. kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga.Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".
Seorang soleh berkata,"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian kekasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran.Nabi s.a.w. bersabda,"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa sembahyang malam.Nabi s.a.w. bersabda,"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak?Seorang soleh mengingatkan,"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya iman. Seorang ulamak berkata,"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".
Amalan Islam terbaik.Seorang lelaki bertanya,"Manakah amalan Islam yang terbaik??" Nabi s.a.w. menjawab,"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan akan pudar.Seorang ulamak berkata,"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".
Mata yang beku.Rasulullah bersabda,"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".
Jika engkau mahukan kemesraan.Seorang bijak pandai Islam berkata,"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan cakap banyak.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir Islam,"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku.Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara. Seorang ulama berkata,"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.Nabi s.a.w. bersabda,"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
Sahabat renung-renungkan bersama..
Moga mendapat barokah..
Segala tercipta hanya untukmu..

Wanita...
Apabila kamu berkawan dengan lelaki
, Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh.. Diparut..
Diperah.. Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi.. Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan..menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian.. OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. Menjadi mutiara..
sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Sendiri
Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam khayalan
Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang
Impianku… agar disatukan dengan insan yang ku cintai. Insan yang memahami hati nurani ku. Insan yang menerimaku seadanya. Insan yang menyayangiku juga. Ada yang kata...
"lebih baik bersama dengan orang yang menyayangi kita dari kita yang menyayangi seseorang itu".
Sekiranya itu benar-benar diterima oleh semua insan, maka setiap insan yang memberi cinta itu akan bahagia dan yang menerima cinta harus mengorbankan cinta mereka. Huh??
Namun ku Henny bahawa menyintai seseorang itu tidak bermakna kita boleh memilikinya. Kekadang sang pencinta terpaksa mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang lain. Mungkin orang lain akan memuji sang pencinta itu kerana pengorbanannya… namun apakah akan ada insan yang bertanyakan tentang hati dan perasaannya yang telah hancur. Adakah sesiapa yang memahami apa yang dirasakan olehnya? Betapa perit jiwa sang pencinta mengorbankan cintanya yang sememangnya muncul tanpa dipaksa.
Ku idamkan kebahagiaan dengan insan yang sudah berpunya. Tiada mungkin ku miliki. Biarpun kasih ini sedalam lautan. Biarpun rindu ini seluas angkasa. Biarpun cinta ini menyala membara. Ku merasakan kepedihan. Hanya Tuhan sahaja yang memahami jiwa ini. Mudah bagi sesiapa sahaja untuk menasihati agar ku melupakanmu. Sayang sekali, jiwa ini bukan sesuatu yang dapat mengubah warna dalam sekelip mata.
Di mataku, kau insan istimewa. Kau mampu membuatku tertawa walaupun ku sedang dalam kesedihan. Semangat dan dorongan yang ku terima darimu tiada dapat ditandingi. Jiwa ini terasa diselimuti kasih mesra mu. Wahai insan tersayang, ketahuilah olehmu bahawa ku benar amat menyayangi mu. Sekiranya kita tidak dapat hidup bersama, ingatlah bahawa setiap waktu bersamamu akan tetap menjadi kenangan manis di dalam hati ini. Pergilah, kekasih. Pergilah, sayang. Mungkin sudah ditentukan Tuhan antara kita tidak tertulis untuk hidup bersama. Ku doakan agar dirimu bahagia bersama orang tersayang.
Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta...

Langganan:
Komentar (Atom)